"Semanis Bicara Seuntai Kata" Name:Ciknieyana Age:25 tahun State:kelantan

Friday, 23 December 2011

"Cerpen Jika Itu Takdirnya...by afalya"

Kedinginan pagi membuatkan aku malas untuk bangun…aku masih dibuai mimpi yang indah bersama putera idaman…di bawah rimbunan pokok kami duduk sambil melihat keindahan alam ciptaanya Allah Yang Maha Kuasa…
Lya ….Lya bangun sayang…”jerit mama diikuti dengan ketukan pintu yang bertalu2..
Argghhh…Lya ngantuk la mama…jap lagi Lya bangun” balas Lya dengan suara y manja.
Cepat la bangun syg..bukan ke hari ni first day Lya masuk Kuliah…cepat bangun nanti terlewat pulak……..
Aku tersentak apabila terdengar kata2 mama tadi…. dan terus melihat jam loceng yang berbentuk hati disisi katil…jam tersebut adalah kenangan aku bersama rizuan semasa kami di bangku sekolah dulu…tapi tiada jodoh antara kami…. Arrghhh kenangan lama…cinta monyet semua tu….
Setengah jam kemudian Lya berlari –lari menuruni anak tangga kerana sudah lewat untuk menghadiri kuliah.
Lya kalau ye pom lewat jamah la sikit makanan tu…kesian kat mama kamu siapkan”tegur papa yang sedang bersarapan.
Maaf ma..pa Lya dah lewat ni…Lya mintak maaf nanti tengah hari Lya balik makan kat rumah ye ma…”pujuk Lya pada mama nya….
Yela..yela nanti mama masak sedap2 utk Lya…tapi janji tau mesti balik makan dengan mama,”getus datin maria kpd anak tunggalnya.
Yes bos!!!!! “usik Lya smbil memeluk mamanya..
Lya merupakan anak tunggal kepada Datuk Kamal dan Datin maria..Lya adalah segala-galanya bagi mereka.apa yang Lya mahukan mereka akan turuti.Lya juga merupakan anak yang baik dah patuh kepada kedua ibu bapanya dan juga agama. 
Walaupun dia anak tunggal kepada seorang jutawan yang kaya namun dia tidak pernah berbangga dengan kekayaan milik papanya itu. Dia seorang gadis yang baik dan sopan.
……………………………………………………………………………………..
Pukul 8.30 pagi Lya sampai di universitinya. Dia mencari parking untuk meletakkan kereta vios putih kesayangannya. Kereta tersebut adalah hadiah daripada papanya sempena hari lahirnya yang ke 21 bulan lepas.
Lya cepat2 berjalan untuk ke bilik kuliah krn sudah 30 minit dia terlewat. Dalam perjalanan menuju ke bilik kuliah…tiba2 buku2 di tangannya melambung dan jatuh ke lantai. Sungguh geram perasaannya pada masa itu….
Maaf…maaf  ye saya tak sengaja….”pinta lelaki yg berada di dpn ku…
Wajahnya sangat la kacak ala2 Tomok New Boyz…aku memang dari dulu lagi peminat setia Tomok…tapi slps dia kahwin dengan pramugari tu frust aku….hahhaaaaaaa….
Awak….awak ok???
Tersentak aku dari lamunan tersebut….  “Eeerrr saya ok, bls ku ”…….
Sekali lagi lelaki tersebut meminta maaf padaku smbil memghulurkan buku2 yang di kutipnya dari lantai…..dan dia pergi meninggalkanku yang masih tercegat kaku..
Alamak..!!!! aku sudah lambat ni mati la kena marah kat Dr.Tan nanti…..aku terus berlalu menuju ke bilik kuliah……..
……………………………………………………………………………………
Keesokan harinya aku sudah datang awal ke kuliah….aku bersama Tina dan Sue sedang asyik bersarapan di café Cempaka. Tiba2 aku terlihat lelaki yang melanggar aku semalam sedang bersarapan bersama seorang perempuan. Perempuan itu mempunyai bentuk badan yang cantik dan pandai bergaya..memang sesuai jika dikatakan itu adalah awek lelaki tersebut.
Eh… Lya Kau tengok apa tu smpai xberkelip2 aku tengok,”tegur Tina.
Tu… tuuuu aku ngah tengok mamat yang  hensem tu…dia la yang langgar aku semalam…,”jawab Lya.
Ooooooo…..kau dah jatuh hati kat mamat tu ye…,”usik Sue apabila melihat gelagat Lya.
Ishhhh mana ada…pandai2 la kau ni Sue…kan dia dah ada awek kat depan dia tu..nanti tak pasal2 pompuan tu datang serang aku…”balas Lya sambil ketawa.
Tapi dia hensem la…wajahnya sama dengan putera idaman aku yang aku selalu mimpikan setiap malam….kalau lah aku dapat dia betapa bahagianya aku ,”sambung Lya lagi.
Yela tu… aku rasa confirm kau tak kan dapat punya mamat tu…kau nak tahu diaorang tu bercinta dah dekat  5 tahun tau…dari bangku sekolah lagi…setahu aku mamat tu memang setia giler la kat awek dia tu…kau jangan nak ngada2 minat kat mamat tu…”ujar Lina.
Jom la kuliah dah nak mula ni..”ajak Sue
………………………………………………………………………………………
Cuti pertengahan semester sudah bermula… aku merancang untuk menghabiskan cuti di kampung . Lagipun sudah lama aku tidak menjenguk nenek dan atuk di kampung…aku meminta izin dari mama dan papa untuk pulang….
Pagi2 lagi aku sudah bertolak pulang ke kampung kerana mahu cepat sampai…rindu pada atuk dan nenek membuatkan aku semakin seronok memandu kereta untuk segera sampai.
Tepat pukul 2ptg aku sudah sampai di kampung…nenek dan atuk sangat gembira dengan kepulangan cucu tersayang mereka.
Nenek dan atuk apa khabar,”Tanya Lya pada mereka sambil bersalaman.
Atuk dan nenek kau sihat je,”balas pak abu kpd kesayangannya.
Mama dengan papa kirim salam dan mereka minta maaf sebab tak dapat pulang sama menjenguk atuk nga nenek…papa sangat sibuk di pejabat dan mama tak sampai hati nak tinggalkan papa sorang2 kat umah….”jelas Lya lagi.
Papa kau memang sentiasa sibuk…tak de masa yang dia tak sibuk…”rungut mak som.
Nek….Lya lapar la..lom mkn lagi”rungut Lya dengan reaksi manjanya.
Ala…kesiannya cucu nenek…jom2 naik atas umah kita makan..nenek dah masak lauk kesukaan Lya…”jelas Mak som sambil mengheret tangan Lya Qistina….
………………………………………………………………………….
Alhamdulillah…sedap la masakan nenek…patut la atuk sayang kt nenek…”puji Lya
Mesti la kita sebagai seorang isteri mesti jaga makan minum suami…klau tak nanti dia cari lain….Lya pun kalau dah ada suami kena pandai masak…”jelas neneknya lagi.
Lya nak kena blajar dari nenek ni baru suami Lya setia macam atuk…”balas Lya
Mak som dan pak abu ketawa bila melihat gelagat cucunya itu.
Rumah mereka akan ceria jika Lya Qistina pulang….terubatlah rindu mereka anak beranak..
Suasana di kampung sangat tenang….angin sepoi2 bahasa dan bunyi kicauan burung sangat menenangkan fikiran Lya Qistina. Udara yang nyaman dan tiada bunyi bising kereta spt di Bandar. Ini yang membuatkan Lya suka menghabiskan masanya di kampung.
Nenek….Lya nak pergi ambil angin tepi pantai sekejap..sudah lama Lya tidak pergi ke sana..”ujar Lya.
Hati2 jalan tu…pergi jangan lama2..”pesan mak som.
Lya hanya mengangguk tanda setuju.
Pantai tersebut tidaklah jauh sangat dengan rumahnya. Hanya 2 kilometer dari rumah atuknya.
Kalau sewaktu kecil dulu Lya selalu datang ke pantai bersama2 sepupunnya.mereka datang ke sini untuk membina istana pasir. Tetapi setelah sepupunya berpindah ke Australia mereka jarang berjumpa.
Sedang asyik melihat keindahan pantai pada waktu senja tiba2 Lya merasakan ada orang menyebut namanya..dengan segera dia menoleh ke belakang.
Alangkah terkejutnya dia pada masa tu…putera idaman ada di depan matanya..benarkah Azrul Hakim yang berada di dpnnya????dia masih tidak percaya..tetapi itulah hakikatnya….
Awak… Lya Qistina Datuk Kamal kan????”Tanya Azrul utk kepastian.
Eeerrrrr… ye saya Lya Qistina…macam mana awk tahu nama saya..”Tanya Lya selamba sambil menyembunyikan gemuruh di hatinya.
Oowsss..Lina yang bagitau saya nma awk..”bls Azrul.
Tersentak aku mendengar penjelasan darinya…Lina???apa hubungan Lina dgn mamat ni?????persoalan ni bermain2 di fikiranku.
Lamunan aku terhenti apabila Azrul meminta izin untuk duduk di sebelah aku. Ya Allah hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa tu…gembira bercampur gemuruh….kalau boleh aku tak mau hari ni menjadi malam kerana aku nak duduk lama2 dengan putera idaman aku Azrul Hakim…
Awak buat apa kat sini,,,”Tanya Azrul pada Lya.
Saya datang ke sini sbb nak habiskan masa cuti bersama atuk nga nenek di kampung. Lagipun sudah lama tak datang menjenguk mereka…”jelas Lya.
Awk pula wat apa kat sini??? Muka macam orang frust je..”teka Lya.
Xde apa la saja datang sini sbb nak cari ketenangan….nak lupakan segala kenangan silam…”jawabnya sayu.
Kenapa ni??gaduh nga awek errkkk???”Lya semakin berani bertanya.
Keadaan sepi seketika….Azrul tidak menjawab pertanyaan Lya…kedua2nya masing2 melayan perasaan. Azrul masih tertunduk merenung ombak di pantai…wajahnya sangat muram dan seperti ada sesuatu yang berlaku padanya.
Saya sudah clash dengan Riana..”tiba2 perkataan tu keluar dari mulut Azrul.
Aku terpana mendengar kata2nya itu…betul ke apa yang aku dengar atau perasaan aku aje.
Azrul menyambung kata2 nya lagi…”Dia curang di belakang saya…saya tengok dengan mata kepala saya sendiri…sayu kata2 nya.
Aku terharu dengan nasib Azrul. Disebabkan hal ini lah sampai sekarang aku masih single. Aku takut untuk bercinta setelah kecundang dulu.
Sabar lah ye..jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan…kita sebagai hambanya hanya merancang..”nasihat Lya.
Thanks, Lya coz sudi mendengar masalah saya…”ujarnya
No, hal la..kita perlukan teman untuk meluahkan masalah..baru lah rasa lega..tol tak????”bls Lya
Mulai hari ni Lya jadi kawan saya..boleh????”pinta Azrul.
Melonjak2 perasaan gembiraku apabila mendengar permintaan Azrul tu. Bermakna aku akan lebih dekat la dengan putera  idamanku…
Baik lah, Lya setuju jadi kawan Azrul..”balasku sambil berjabat tangan tanda persahabatan. Pantai ini lah yang menjadi saksi kepada persahabatan kami.semoga ikatan ini berkekalan.
…………………………………………………………………………………………..
Pada pukul 11 pagi Lya sudah bersiap2 untuk bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Setelah seminggu dia menghabiskan masa cutinya di kampung bersama datuk dan neneknya. Terasa seperti baru semalam dia pulang ke kampung. Rindunya pada kampung seperti belum terubat sepenuhnya. Tapi kepulangan nya pada kali ini sangat bermakna kerana dengan kehadiran Azrul Hakim dalam hidupnya. Ombak dan laut menjadi saksi persahabatan mereka…
Nek ..atuk..Lya balik dulu..nanti kalau ada masa Lya balik lagi melawat nek nga tok..”jelas Lya sambil membuka pintu kereta vios miliknya.
Baiklah, hati2 memandu tu,jangan pandu laju2..xpe lambat sampai asalkan selamat,”pesan Pak Abu sambil melambai2 tangan kepada cucu kesayangannya.
……………………………………………………………………………………….
Jam menunjukkan pukul 9 mlm, namun matanya sudah menunjukkan mahu tido. Mungkin di sebabkan keletihan drive pagi tadi. Baru sahaja mahu terlelap tiba2 hansetnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Detik hatinya empunya siapa yang menghantar mesej pada saat2 keletihan ni. Dengan malas Lya mencapai blackberry nya yang berada di atas meja. ..terus membuka inbox…..”assalamualaikum…Lya apa khabar?sihat ke??rindu la nak dengar suara awk…boleh xsaya call awk skarang????”
Lya tersentak dengan mesej yg di bacanya dan mula bingung…memikirkan siapa pengirim mesej ni….lalu dia membalasnya….”awk ni sape????saya xsuka ckp nga org sy xknal…jgn ganggu sy…”
Lya meletakkan hansetnya dan kembali baring di katil…dia sangat keletihan dan tiada mood untuk melayan msj tersebut. Apabila dia mahu memejamkan mata…sekali lagi dia terkejut dengan nada dering lagu bagaikan bidadari nyanyian Tomok yang di jadikannya sebagai nada dering untuk telefonnya. Dengan malas dia mencapai telefon….
“helo sapa ni???”tnya nya dgn nada yang agak mls bercampur geram.
“amboi garangnya Lya Qistina skarang ni…takut sy”jwb nya sambil ketawa.
“Cakapla awk ni spa?nak apa call sy mlm2 ni….sy ngatuk faham x????”balas Lya bertambah geram dengan mamat tu.
“ni Azrul la..xkan xcam suara  kot…”terang lelaki tersebut.
Terkedu Lya seketika apabila terdengar nama yg di sebut seketika tadi…Azrul????Azrul Hakim call aku???betul ke atau aku hanya bermimpi??????tak mungkin…tak mungkin…..
“Lya….Lyaaaa awk tdo ke”soal Azrul apabila Lya senyap tanpa memberi respon.
“Ye yeee…belum2…sy belum tido…knp wan call Lya mlm2 ni…ada masalah nak luahkan pada Lya ke??”soal Lya lagi.
“xde la..Azrul saje call nak dengar suara Lya…Azrul rindu kat kwn xbley ke??”jelasnya.
“Heheheeeee….bole”bls Lya.
Sebenarnya Azrul nak ajak Lya tengok wayang esok…boleh x????”soal Azrul.
Ok, kebetulan Lya xde klas esok..”jwb Lya.
Ok, nanti jumpa esk ye…good nite,dear..”sambung Azrul lagi.
Malam tu tiba2 mata aku yang tadinya ngantuk jadi xngantuk dah….mungkin terlalu hepi bila putera idaman call. Tak sabar rasanya untuk menanti hari cerah…aku akan keluar dengannya…heheheee betapa bahagianya aku…aku mesti pakai cantik2 esok bila kluar dengannya…
……………………………………………………………………………
“Hi Azrul…dah lama sampai..”soal Lya apabila melihat Azrul sedang berdiri di hadapan kaunter tiket.
“Xde la Az pom baru je sampai 10 mnit lps..”jwbnya sambil tersenyum2.
Awak Nampak manis hari ni,… saya suka”bisik Azrul tiba2.
Lya terkedu apabila mendengar kata2 Azrul. Memang tak di nafi kan bahawa Lya memang seorang gadis yang cantik. Dia hanya memakai jeans dan blous pink dan di padankan dengan shawls berwarna pink muda….penampilanya pada hari ini sangat menarik perhatian si jejaki yang lalu lalang.
“Lya jom masuk,” ajak Azrul yang tiba2 muncul.
Azrul memilih tempat duduk di bahagian tengah. 5 minit kemudian cerita “Ombak Rindu “ ditayangkan.Cerita romantik ini menjadi kegilaan rakyat Malaysia kerana jalan ceritanya yang menarik dan sedih.
Tiba2 Lya menitiskan air mata kerana tidak tahan dengan satu babak yang menyayat hati.Hati wanita nya tersentuh melihat lakonan hebat gandingan Maya Karin dan Aoron Aziz………tiba2 Azrul mengambil sehelai tisu dan mengelap air mata wanitanya yang berguguran.Lya tersentak dengan tindakan Azrul yang boleh dikatakan agak caring itu.
Lya ok???”soal Azrul sambil memandang wajah Lya.
Lya ok…maaf la Lya terlebih emosi lak tengok cerita ni…jalan cerita dia sedih sangat sampai xtahan sebak Lya…”jelas Lya sambil ketawa kecil.
Amboi…bley tahan gak Lya ni romantik orang nya…hahaahahaaa”gelak Azrul kpd Lya.
……………………………………………………………………………
Hampir setahun hubungan persahabatan antara Lya dan Azrul terjalin. Lya berasa selesa apabila berada di samping Azrul….dan begitu juga dengan Azrul. Mereka di ibaratkan seperti belangkas…di mana ada Lya msti ada Azrul. Satu university sudah tahu keakraban persahabatan mereka berdua.
Suatu hari Lya mengajak Azrul menemaninya pulang ke kampung kerana ingin menziarahi datuk dan neneknya.
“Apa khabar nek..ini kawan kolej Lya…Azrul namanya,”jelas Lya kpd mak som.
“Hensem orangnya…kawan ke pakwe Lya ni..”usik mak som kpd cucunya.
“Nenek ni mana ada…kitaowg kawan je la…”balas Lya sambil tersipu2 malu dengan usikan neneknya.
“Nek, atuk mana? Dari tadi Lya cari atuk tak de pom..”Tanya Lya.
“Atuk kau ada kerja sikit kat rumah Tok Penghulu…habis kerja nanti balik la dia tu..”jelasnya
“Dah la jom naik kita makan dulu…Azrul pom dah lapar tu nenek tengok…”usik mak som sambil ketawa.
Mereka beriringan masuk ke rumah untuk makan tengah hari. Kehadiran Azrul membuatkan hati Mak Som senang kerana ada orang yang menemani cucunya pulang ke kampung dan dia tidak lah begitu risau spt sebelum ini. Dia memang tidak berapa suka jika Lya memandu seorang diri pulang ke kampung kerana khuatir dengan keselamatan cucu kesayangannya itu.
…………………………………………………………………………
“Lya ingat lagi tak mula2 kita berjumpa di pantai ni..”soal Azrul pada Lya.
“Ye, Lya masih ingat..masa tu wajah Azrul muram sangat….”jelas Lya sambil ketawa kecil.
Masing-masing sedang melayan perasaan. Deruan ombak yang mencium pantai dan kehadiran angin yang membelai2 tubuh mereka menjadikan keadaan sangat tenang. Gelagat sekumpulan burung yang berterbangan di udara menarik perhatian Lya. Keadaan pada petang itu sangat tenang…tidak ramai orang yang berkunjung ke pantai pada petang itu. Tiba2 sedang asyik di buai angan2 Azrul memanggil nama Lya…………………..
“Lya..Azrul minta diri ke toilet sekejap. Lya tunggu kat sini tau…”ujar Azrul.
“Ok, kalau lambat Lya tinggal Azrul sorang2 kat sini..”usik Lya sambil ketawa.
Lima belas minit berlalu namun kelibat Azrul tidak kelihatan.Lya masih menunggunya situ.Tiba2 datang seorang budak lelaki yang berumur di sekitar 10 tahun. Budak itu meluru ke arahnya dan di tangannya ada memegang kotak yang berbentuk hati berwarna biru.
“Nama akak Lya Qistina kan?”soal budak lelaki tersebut.
Ya, kenapa dik?soal Lya lagi.
“Ni ada sorang abang yang suruh saya bagi kotak ini kpd akak..”jelas nya.
“Siapa abang tu?”soal Lya ingin tahu siapa lelaki tersebut.
“Saya tak kenal sapa dia…dia suruh saya sampaikan kotak ini pada akak Lya je..”jelas budak tersebut lalu berlalu pergi meninggalkan Lya dalam keadaan kebingunan.
Tanpa membuang masa Lya terus membuka kotak berbentuk hati itu. Di dalamnya terdapat sepucuk surat dan sebentuk cincin. Alangkah terperanjatnya dia pada masa itu….Lalu di bukanya isi surat tersebut dan membaca bait2 ayat surat tersebut.


Lya…
Maaf jika kehadiran surat ini membuatkan Lya tertanya2 siapa pemiliknya…sebenarnya pemilik surat ini sudah lama jatuh hati kepada kelembutan dan ketulusan hati Lya Qistina….. tetapi tiada waktu yang sesuai untuk meluahkan isi hati ini…..pertama kali melihat Lya, hati saya sudah tertarik…. Sudikah Lya menjadi teman hidup saya????..............jika Lya sudi izinkan saya menyarung cincin di jari manis Lya….
“Pertama kali ku dengar suara mu…
Sendu hatiku merindui dirimu…
Walaupun belum kita bersua muka..
Namun aku tetap jatuh cinta…..”
                                                                             With love;
                                                                           Azrul Hakim

Tercengil mata Lya apabila melihat nama pemilik surat tersebut.
Gembira bercampur terkejut….tidak tahu apa yang harus dia lakukan…tiba2 terasa bahunya di sentuh dari belakang. Perlahan- lahan Lya menoleh.Dia dapat mengagakkan bahawa itu adalah Azrul.

“Sudikah Lya jadi kekasih Azrul???”duganya pada Lya yang masih terperanjat dengan isi surat tersebut.
“Az..azrul….. knp wat semua ni pada Lya??”soal Lya ingin penjelasan.
“Lya…sebenarnya Azrul sudah lama menaruh perasaan pada Lya…semenjak Azrul putus dengan Riana dulu Lya lah yang selalu mengembirakan hati Az. Az berasa tenang bila ada di samping Lya. Tapi kalau tidak tolak…Az terima sebab dalam hal hati dan perasaan ni Az tidak boleh memaksa. Lya buat lah keputusan yang terbaik bagi Lya…”jelas Azrul.
“Az sebenarnya sebelum ini Lya pernah menaruh perasaan pada Az..tapi pada masa tu Az dah ada Riana…so Lya lupakan lah perasaan ni…”jelas Lya lagi
“Jadi skarang ni Lya boleh ambik balik la prasaan tu sebab Az dah single skarang….”usik Azrul ketawa sambil mencubit pipi Lya.
Lya tersenyum malu…mukanya merah padam kerana malu dengan pengakuannya sebentar tadi.
“Lya setuju tak jadi kekasih Az..???”soal Azrul lagi.
Lya hanya mengangguk tanda setuju untuk menerima lamaran Azrul. Lalu Azrul menyarungkan cincin di jari manis Lya tanda kasihnya pada Lya. Hari ini mereka rasmi menjadi pasangan kekasih.  Ombak dan pantai menjadi saksi kepada perhubungan mereka sepertimana hubungan persahabatan mereka pada suatu masa dulu.

......bersambung................♥♥

No comments:

Post a Comment

Askum...
Sila bagi komen korang sikit
TQ.. =)